Jubah konvokesyen graduan dan topi (mortar board) disediakan oleh Politeknik Ungku Omar.
Etika pemakaian graduan menghadiri istiadat konvokesyen seperti berikut:
Graduan Lelaki:
Lounge Suite: Kemeja berlengan panjang (warna bebas), bertali leher warna gelap, berseluar “slack” panjang bewarna hitam, atau boleh dipakai bersama kot/blazer berwarna hitam. Atau
Baju Melayu cekak musang berwarna hitam, lengkap berbutang dan bersamping.
Kasut kulit hitam dan sarung kaki hitam (kasut sukan tidak dibenarkan).
Potongan rambut yang pendek, kemas dan tidak berfesyen. Tidak dibenarkan mewarna rambut.
Graduan Perempuan:
Baju kurung/baju kurung moden atau kebaya labuh dengan kain tanpa belah (warna bebas) dan bertudung warna krim. Manakala baju jubah dan purdah tidak dibenarkan.
Blouse/kemeja berlengan panjang (warna bebas) dengan skirt labuh warna hitam (menutup hingga ke paras buku lali “ankle length”). Seluar tidak dibenarkan.
Bagi yang berambut panjang, rambut hendaklah diikat kemas dan rapi.
Kasut bertutup penuh berwarna hitam (sandal/selipar tidak dibenarkan). Tumit tinggi tidak dibenarkan.
Memakai sarung kaki.
Semua graduan perempuan hendaklah memakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata, menutup hingga ke paras buku lali“ankle length” , tidak ketat dan tidak jarang.
Tidak dibenarkan membawa beg tangan masuk ke dalam Dewan Jubli Perak semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung.
Graduan diingatkan mematuhi etika pakaian yang ditetapkan semasa menghadiri Istiadat Konvokesyen. Pihak jawatankuasa berhak menghalang graduan masuk ke dewan konvokesyen sekiranya tidak mematuhi etika berpakaian.
Graduan yang mewarnakan rambut tidak dibenarkan menyertai istiadat ini. Graduan lelaki yang berambut panjang/berekor akan ditahan dan tidak dibenarkan menyertai istiadat ini).