Tatacara Pengambilan Sijil Akademik Bagi Majlis Konvokesyen Ke 50 Tahun 2022 Bagi Graduan PUO
Tatacara ini hanya melibatkan kepada graduan PUO yang
Tamat Pengajian Sesi Disember 2020 (Diploma)
Tamat Pengajian Sesi Mac 2021 (Sarjana Muda)
Tamat Pengajian Sesi Jun 2021 (Diploma)
Tamat Pengajian Sesi September 2021 (Sarjana Muda)
Tempoh Pengambilan Sijil adalah bermula pada tarikh Majlis Konvokesyen ke 50 berlangsung mengikut kategori iaitu :
Hadir Konvokesyen
Tidak Hadir Konvokesyen
Hadir Konvokesyen
Telah mendaftar konvokesyen
Telah membuat bayaran konvokesyen sebanyak RM230.00 dan menyimpan resit atau bukti pembayaran
Hadir ke majlis konvokesyen mengikut tatacara istiadat yang telah ditetapkan.
Setelah selesai sesi konvokesyen, graduan dikehendaki memulangkan jubah kepada urusetia jubah
Graduan hadir ke Tempat Pengambilan Sijil di bilik A15 dan A16 Blok Kuliah JKM.
Graduan merujuk kepada Jadual Pengambilan Sijil di dalam Folder yang diterima.
Tidak hadir konvokesyen dan telah membuat bayaran
Telah mendaftar konvokesyen
Telah membuat bayaran konvokesyen sebanyak RM150.00 dan menyimpan resit atau bukti pembayaran
Telah mengisi butiran-butiran pada sistem konvokesyen iaitu :
Nombor Pendaftaran ie. 01DKM10F1234
No Kad Pengenalan (tanpa sengkang) ie. 011201081234
Nama penuh mengikut Kad Pengenalan
Kod Program ie. DEE
No HP (tanpa sengkang) ie. 012345678
Cara pengambilan (Ambil di PUO atau secara pos)
Alamat tetap
Emel
Cara penghantaran sijil bagi graduan yang telah menjelaskan yuran konvokesyen (tidak hadir) adalah melalui :
Pos Laju
Proses pengeposan akan bermula seawal 3 minggu selepas majlis konvokesyen.
Pengeposan akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh 3 hingga 4 minggu.
Graduan yang telah melengkapkan butiran maklumat seperti email, alamat pos dan no hp pada sistem pada portal konvokesyen yang akan diposkan. Bagi yang tidak melengkapkan butiran ini, sijil akan disimpan di Unit Peperiksaan.
Pengambilan sendiri di Unit Penilaian dan Peperiksaan secara temujanji
Tempahan Temujanji ke Unit Peperiksaan akan dibuka seawal SEMINGGU SELEPAS MAJLIS KONVOKESYEN SELESAI
Cara temujanji akan dinyatakan dalam portal UPEP pada masa terdekat.
Sekiranya hadir tanpa temujanji, urusan ini tidak akan dilayan. Sila bawa cetakan temujanji bersama bukti pembayaran.
Pematuhan SOP Covid 19 adalah diwajibkan.
Item-item bersama sijil akademik adalah :
Folder Konvokesyen berkulit keras
Transkrip Akademik (sekiranya belum dituntut)
Medal Pingat Ketua Jabatan (bagi yang layak sahaja)
Sijil-sijil lain sekiranya ada. Sijil AKJ dan IPAD (bagi yang berkelayakan) boleh dimuat turun dari iPUO.